Kenaikan Harian Hingga 180 Pips, GBP/USD Sudah Berubah Arah

212

Pound Sterling akhirnya berjaya menepis tekanan berlarutan apabila berjaya meningkat ketara pada dagangan awal minggu ini sehingga semalam untuk mengakhiri prestasi merosotnya beberapa minggu sebelum ini.

Faktor terbaru yang menyokong Pound adalah laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan memberangsangkan. Komponen data diteliti dengan bacaan yang mengatasi bulan sebelumnya dengan kadar pengangguran menjadi tumpuan catat penurunan.

Ini telah mendorong lonjakan Pound sementara penyusutan US dolar dalam pasaran semakin membuka laluan untuk peningkatan positif tersebut.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 180 pips untuk capai paras tertinggi dalam tempoh 2 minggu.

Pada dagangan awal minggu, harga telah memberikan isyarat awal untuk perubahan trend bearish selepas harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Ternyata harga meneruskan kenaikan lebih tinggi sehingga melepasi zon rintangan pada 1.2400 sehingga mencapai paras ketinggian pada 1.2500.

Sehingga dagangan ke penghujung sesi New York dan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu), harga mula mendatar di bawah paras 1.2500 tersebut yang menjadi rintangan terbaru buat harga.

Dengan momentum lonjakan yang masih kukuh, penganalisis kekal menjangkakan kecenderungan harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi hari ini menuju sasaran ketinggian berikutnya sekitar 1.2600.

Namun jika harga gagal lepasi 1.2500 dan mula menjunam semula, paras sokongan awal yang dilihat akan diuji harga adalah pada zon 1.2400.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan kembali ke paras sekitar 1.22800 atau paras terendah yang dicecah minggu lalu sekitar 1.21600.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat