Kenaikan Harian Terbesar Dalam Tempoh 6 Tahun, EUR/USD Melonjak 200 Pips!

570

Pelabur mula menilai beberapa petunjuk terhadap perubahan sentimen pasaran yang sedikit pulih daripada risiko krisis perang yang berlarutan sebelum ini.

Semakin meredakan ketegangan, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menyatakan bahawa Ukraine bersedia untuk penyelesaian diplomatik sekiranya Rusia juga setuju untuk berbuat sedemikian.

Susulan itu, US dolar telah bergerak lemah pada dagangan Rabu semalam ekoran pemulihan sentimen sementara pelabur waspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Justeru, harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam melonjak tinggi mencatatkan kenaikan harian sekitar 200 pips.

Ini adalah kenaikan harian terbesar pernah dicatatkan EUR/USD dalam tempoh 6 tahun.

Situasi penyusutan US dolar juga dilihat memberi ruang untuk Euro mengukuh sementara menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada hari ini.

Sebelum ini, harga yang telah meningkat dari zon support 1.0800 memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish selepas kenaikan melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Akhirnya kenaikan kukuh dipamerkan semalam sehingga mencapai paras 1.10900 pada sesi New York semalam sebelum mendatar dan sedikit menurun pada pembukaan sesi Asia pagi ini.

Corak kenaikan harga yang dipaparkan telah memberi gambaran untuk kenaikan lebih tinggi harga menguji zon SBR (support become resistance) 1.11300 sebelum jangkaan untuk harga meningkat ke paras seterusnya pada 1.12000.

Namun waspada sekiranya harga kembali menjunam semula jika keputusan mesyuarat ECB dan data inflasi AS yang diterbitkan mengubah arah pergerakan semasa harga.

Jika penurunan berlaku, harga dilihat akan cuba melepasi paras 1.1000 dan menguji paras halangan MA50 untuk isyarat menyambung trend bearish semula.

Penurunan yang diteruskan akan kembali menuju paras 1.0800 untuk menguji sekali lagi zon support tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat