Kenaikan Inflasi Di A.S Telah Mengubah Persepsi Pasaran! Ini Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Matawang

655

US dolar telah mencatat pengukuan ke paras tertinggi tiga bulan baru berbanding mata wang utama sebelum didagangkan stabil, didorong oleh para pelabur yang mengubah jangkaan mereka untuk pengurangan kadar faedah oleh Federal Reserve selepas data inflasi AS yang lebih tinggi dari yang dijangka.

Sejak data inflasi Selasa yang menunjukkan peningkatan 3.1% dalam indeks harga pengguna (CPI) AS tahunan untuk bulan Januari, dengan jangkaan hanya 2.9% kenaikan. Pemain pasaran wang telah menyesuaikan strategi terhadap jangkaan pengurangan kadar Fed pada bulan Mac dan kemungkinan 53% untuk pengurangan pada bulan Jun, berdasarkan CME.

Indeks US dolar, yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang utama, meningkat 0.05% kepada 104.91, sebelum susut 0.10% kepada paras dagangan 104.747.

Charu Chanana, Ketua Strategi FX  menyatakan, “CPI AS Januari yang tinggi telah menutup pintu untuk pengurangan kadar Fed pada bulan Mac. Walaupun data PCE lebih penting, tumpuan telah beralih kepada bulan Mei atau Jun untuk permulaan kitaran pelonggaran Fed.” Perubahan ini telah menguatkan pengukuhan US dolar, terutamanya dengan prospek pengurangan kadar oleh Bank Kebangsaan Switzerland (SNB) dan Bank Pusat Eropah (ECB) sebelum the Fed.

Berbanding dengan pound British, US dolar mengukuh 0.35% kepada $1.25556 selepas inflasi UK kekal tidak berubah pada 4.0% pada Januari, menentang jangkaan kenaikan kepada 4.2%. Pasaran wang kini meramalkan peluang sebanyak 51% untuk pengurangan kadar BoE pada Jun dan 75% pada Ogos.

Walau bagaimanapun, US dolar susut berbanding dengan yen selepas pihak berkuasa Jepun memberi amaran terhadap pergerakan yen yang pantas dan spekulatif. Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki, menyatakan bahawa pergerakan yang pantas tidak diingini bagi ekonomi, memberi petunjuk terhadap campur tangan yang mungkin diperlukan.

Sementara itu, euro kekal kekal tidak banyak berubah, didagangkan pada $1.0711, selepas data ekonomi zon eropah menunjukkan pertumbuhan sederhana dalam pekerjaan dan aktiviti ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat