Kenaikan Kadar Faedah Akan Menekan Perbelanjaan Isi Rumah – Philip Lowe

184

Philip Lowe, gabenor Bank RBA menyatakan pandangan bahawa peningkatan dalam kadar faedah dunia akan memberi kesan terhadap hutang isirumah dan sektor ekonomi lain.

Dr Lowe juga turut menjangkakan peningkatan kadar faedah dan hutang isirumah yang tinggi akan mempengaruhi corak perbelanjaan yang sensitif terhadap peningkatan kadar faedah. Namun, kesan peningkatan kadar faedah dunia terhadap Australia hanya akan mulai terasa dengan seiring berjalannya waktu.

Tambah beliau, “pengamalan kadar pertukaran boleh ubah (flexible exchange rate) yang bebas, membolehkan kita membuat jangkaan bila hal ini akan berlaku.”

Pakar ekonomi menjangkakan RBA akan meningkatkan kadar faedah dari 1.5 peratus pada pertengahan tahun hadapan, namun ada yang mengatakan bahawan peningkatan kadar faedah akan ditingkatkan apabila pertumbuhan ekonomi dan inflasi menunjukkan peningkatan.

Menurut kenyataan Fed pada awal pagi Khamis tadi, bahawa ransangan pengurangan $4.2 trillion aset kewangan dan hutang rumah akan bermula pada bulan Oktober 2017.

Lantas daripada itu, gabenor RBA telah mengingatkan bahwa hutang isirumah akan mempengaruhi perbelanjaan seiring dengan peningkatan kadar fadah.

Peningkatan nilai pinjaman akibat peningkatan kadar faedah membuatkan isirumah mengurangkan perbelanjaan dan akan mengurangkan pertumbuhan penggunaan ekonomi kata Dr.Lowe

Walau bagaimanapun, perbelanjaan isi rumah masih dapat mengatasi paras hutang yang tinggi kata beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat