Harga emas meningkat lebih tinggi dalam sesi Asia pada Isnin selepas pelabur dikatakan meletakan fokus minggu ini kepada beberapa komen penting dari pegawai Fed. Dalam masa yang sama, pasaran di tutup sempena cuti umum.
Emas bagi penghantaran Februari meningkat sebenyak 0.21 peratus kepada $1,175.85 satu troy ounce di Comex. Niaga copper juga meningkat sebanyak 0.08 peratus kepada $2.544 sepound.
Selain beberapa pegawai utama Fed, Janet Yellen juga dijadual berucap pada minggu ini untuk sebarang isyarat mengenai ekonomi AS yang terkini.
Minggu lepas emas dikatakan jatuh selepas melonjak ke paras tertinggi dalam sesi sebelumnya ekoran data pekerjaan AS yang menunjukkan kelembapan terhadap pertambahan pekerja.
Dalam masa yang sama, Jabatan Buruh AS juga melaporkan pertambahan pekerjaan sebanyak 156,000 bagi bulan Disember berbanding jangkaan awal penganalisis yang menjangkakan kenaikan sebanyak 178,000 pekerjaan. Walaupun begitu, kadar pertumbuhan gaji tahunan dicatat meningkat sebanyak 2.9 peratus iaitu data yang paling kukuh semenjak tahun 2009.
Pemulihan sektor ini membolehkan kadar faedah untuk terus dinaikkan pada masa akan datang.
Kadar yang lebih tinggi akan meningkatkan selera pelabur terhadap matawang US Dollar.
Ini Jawapan Kenapa Minyak Mentah Global didagang Tinggi Buat Permulaan Tahun 2017!