Kenaikan Semula USD Tidak Jejas Kilauan Emas

866

Dagangan komoditi emas terus mengukuh setelah melonjak ke tahap tertinggi terbaru pada awal dagangan sesi pasaran Asia, diikuti dengan peningkatan semula US dolar sebagai safe-haven berikutan ketegangan AS-China yang meruncing.

Spot emas didagangkan menguat di sekitar harga $2,062 per auns selepas mencecah paras ketinggian sepanjang masa pada $2,075 per auns pada awal pembukaan sesi Asia. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan meningkat pada $2,060 per auns.

Emas telah menokok lebih 35% setakat tahun ini, disokong oleh kewaspadaan pelabur terhadap pemulihan ekonomi AS ketika kes Covid-19 meningkat, selain turut terkesan oleh kadar faedah yang rendah dan langkah rangsangan besar-besaran oleh bank pusat seluruh dunia.

Dalam pada itu, indeks dolar kembali bangkit dari paras terendah 2 tahun dengan peningkatan 0.3% berbanding sekumpulan matawang utama.

Matawang itu kembali meraih peningkatan setelah Presiden AS Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif ke atas syarikat ByteDance yang memiliki TikTok dan Tencent, Wechat pada hari ini.

Dalam kebanyakkan keadaan, matawang AS sering menjadi pilihan kepada pelabur ketika ketegangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu meletus.

Sementara itu, penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada malam ini bakal menjadi tumpuan utama pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat