Kenaikan Stok Minyak US, Tidak Menjatuhkan Harga Minyak Global

41

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 4.1 juta tong pada minggu berakhir 06 Januari berbanding 7.1 juta pengurangan pada minggu sebelum itu.

Jumlah inventori berada 6.3% melebihi stok tahun lalu di paras 483.1 juta berbanding 479. juta tong yang dicatatkan minggu lepas.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala dalam data American Petroleum Institution (API) yang dikeluarkan sebelum ini turut mencatatkan peningkatan 1.50 juta tong pada Selasa.

Secara kasarnya, laporan data dari EIA semalam menyumbang kepada sentimen yang negatif dalam pasaran minyak global, tetapi semua berlaku sebaliknya dengan peningkatan harga minyak global berikutan komen dari Trump.

Penyusutan nilai matawang US Dollar dalam dagangan Rabu berikutan sidang media Trump telah meningkatkan permintaan minyak mentah kerana kos pembelian yang semakin murah bagi pemegang matawang selain US Dollar.

Minyak West Texas intermediate (WTI) ketika ini didagangkan di sekitar $52.95 setong naik dari paras terendah Rabu $50.75, manakala minyak Brent didagangkan pada harga $55.92 semasa artikel ini ditulis naik dari paras terendah Rabu $53.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat