Kenaikan USD Terhenti Gara-gara Dua Penggubal Dasar Fed Ini!

530

Kehangatan inflasi Amerika Syarikat dan kebimbangan kemelesetan terus mengekalkan pengukuhan dolar greenback walaupun kenaikannya sedikit terbatas susulan kenyataan beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed).

Pada sesi New York, indeks dolar terus maju dengan ‘memecah’ harga 109.00, paras tertinggi terbaharu 20 tahun berbanding enam mata wang utama lain.

Bagaimanapun, keuntungan yang dicatatkan terhenti selepas Gabenor Fed Christopher Waller menyatakan pasaran mungkin terlalu ‘berlebihan’ dengan menjangkakan kenaikan kadar sebanyak 100 mata asas pada bulan Julai.

Sebaliknya, Waller lebih menyokong kenaikan 75 mata asas yang akan membawa mereka menjadi neutral. Namun, jika data baharu menunjukkan permintaan tidak cukup perlahan untuk mengurangkan inflasi, beliau akan cenderung ke arah peningkatan lebih besar.

Selain itu, seorang lagi penggubal dasar Fed, James Bullard mengatakan beliau lebih suka menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Tekanan harga di AS ternyata semakin tinggi selepas data inflasi pengeluar (PPI) yang dikeluarkan pada sesi New York menunjukkan peningkatan 1.1% pada Jun lebih kuat daripada 0.8% yang dijangkakan pelabur.

Sementara itu, euro sekali lagi membuat percubaan untuk jatuh lebih rendah apabila mata wang itu menyentuh harga 0.9951 berbanding USD pada sesi sebelum ini, tetapi kembali meningkat untuk didagangkan pada sekitar harga pariti 1.0030.

Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck memberitahu bahawa ketidaktentuan mengenai penghantaran gas mengaburkan prospek ekonomi dengan ketara menjelang separuh kedua tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat