Pasaran Semakin Tertekan Selepas Data PPI Dikeluarkan! Ini Perkara Penting Perlu Diketahui ‘Trader’

537

Harga pengeluar AS meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan Jun. Ini membawa indikasi tekanan yang lebih tinggi ke atas the Fed untuk menaikkan kadar faedah bagi menurunkan inflasi.

Harga barangan pengeluar meningkat sebanyak 1.1% berbanding bulan Mei, meningkat lebih daripada 0.8% yang dijangkakan. Antara faktor yang mendorong kenaikan harga pengeluar ialah harga petrol dan tenaga yang tinggi. Tidak termasuk komponen yang tidak menentu, IHPR teras meningkat hanya 0.4%, sedikit kelembapan daripada 0.6% pada Mei.

Justeru itu, kadar tahunan inflasi harga pengeluar meningkat kepada 11.3%, setelah jatuh bagi setiap dua bulan lepas. Harga pengeluar teras tahunan jatuh kepada 8.2% daripada 8.5%. Harga pengeluar sering dilihat sebagai penunjuk yang lebih jelas terhadap inflasi.

Data berasingan, Jabatan Buruh mengumumkan bahawa tuntutan pengangguran awal meningkat sehingga keparas tertinggi lima bulan iaitu 244,000 minggu lepas, menunjukkan bahawa kadar pemberhentian mungkin meningkat dan proses pengambilan semula tidak berjalan lancar seperti bulan-bulan sebelumnya.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan lebih kukuh selepas laporan PPI dikeluarkan dan kini didagangkan pada paras dagangan 109.000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat