Kenali Flow (FLOW), Rangkaian Yang Dibangunkan Selepas Hype CryptoKitties!

577

Bagi peminat non-fungible token (NFT), anda pasti pernah dengar tentang Flow (FLOW).

Jika belum, apa kata kenal dulu keunikkannya?

Let’s go!

Trivia Flow (FLOW)

  • Penubuhannya
    • Dilancarkan pada 2020.
    • Merupakan idea pengasas CryptoKitties dan CEO Dapper Labs, Roham Gharegozlou, Dieter Shirley, dan Mikhael Naayem.
    • Sebuah blockchain yang hadir dengan penskalaan luas tanpa menggunakan mekanisme sharding, dan menawarkan transaksi laju pada kos rendah.
    • Tampil sebagai alternatif kepada Ethereum yang pernah berhadapan dengan kesesakan rangkaian gara-gara hype CryptoKitties
    • Sudah tentu sesuai untuk penubuhan dApps: platform pasaran NFT dan permainan berasaskan kripto.
    • Merupakan keluaran Dapper Labs yang mahu mempromosikan projek NFT-nya, NBA Top Shot.
    • Flow juga mengalu-alukan kehadiran projek luar.
  • Teknologi
    • Menggunakan mekanisme konsensus Proof of Stake (PoS)
    • Pengesahan di Flow agak berbeza dengan kebanyakkan blockchain, membahagikan pengesahan berdasarkan 4 jenis nod:
      • Nod Konsensus: Membuat keputusan terhadap kehadiran dan penyusunan transaksi.
      • Nod Pengumpulan: Menambahbaik sambungan rangkaian dan ketersediaan data untuk dApps.
      • Nod Perlaksanaan: Menjalankan pengiraan berkaitan setiap transaksi
      • Nod Pengesahan: Pemeriksaan ketat terhadap hasil daripada Nod Perlaksanaan
    • Pembahagian kepada pelbagai jenis nod menawarkan transaksi yang lebih efisien kerana kaedah ini juga merupakan alternatif kepada sharding.
    • Rangkaian ini juga menawarkan kontrak pintar yang boleh ditambahbaik:
      • Kontrak pintar berkemampuan dilaksanakan dalam beta.
      • Boleh dikemaskini atau dibaiki sebelum dimuktamadkan dalam versi yang lebih sempurna.
    • Setakat ini, Flow hanya menyokong projek NBA Top Shot dan ketika penulisan artikel, ia berada kedudukan pertama bagi kategori NFT, diikuti dengan PixelPotus, Polychain Monsters, Unstoppable Domains, dan Alien Ape Yacht Club.
  • Projek terbaharu
    • Flow telah jalinkan kolaborasi dengan media berita CNN, Ultimate Fighting Championship (UFC), dan Dr. Seuss.
    • Dapper Labs juga bekerjasama dengan Samsung, Ubisoft, dan Warner Music Group.

Jika dilihat kepada ruang perkembangan rangkaian ini, tidak dinafikan Flow ada potensi untuk terus mendapat perhatian.

Buktinya, melalui tarikan peminat NFT terhadap koleksi NBA Top Shot, Flow telah menerima permintaan kebanyakan pembangun untuk melaksanakan projek masing-masing.

Ketika penulisan, FLOW didagangkan pada harga $6.67, susut lebih 4% dalam 24 jam.

Barangkali ketika anda baca artikel ini, harganya sudah naik. Jika masih rendah, bolehlah anda ambil peluang untuk tambah portfolio kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat