Kenapa 3 Mata wang Ini Dipanggil Mata wang Komoditi?

5,495

Mata wang komoditi adalah mata wang yang berkait rapat dengan harga komoditi seperti minyak, emas dan produk pertanian.

Negara-negara seperti Australia, New Zealand, Kanada, Brazil, Afrika Selatan dan Rusia biasanya dikaitkan dengan mata wang komoditi kerana prestasi ekonomi yang terikat dengan eksport komoditi.

Namun, 3 mata wang teratas yang paling banyak didagangkan sebagai mata wang komoditi ialah dolar Australia, New Zealand dan Kanada.

Dolar Australia (AUD)

  • Sumber semula jadi Australia yang luas menjadikannya salah satu negara paling kaya dengan sumber di dunia.
  • Ia merupakan pengeksport utama arang batu dan bijih besi utama dan mengeksport sejumlah besar emas dan petroleum.
  • Justeru, harga komoditi global akan memberi kesan secara langsung ke atas nilai dolar Aussie.
  • Pergantungan ekonomi Australia pada China sangat penting kerana Beijing adalah rakan dagang terbesar Canberra.
  • Jika ekonomi China kuat, ia akan memberi impak pada dolar Aussie untuk meningkat, tetapi, jika ekonomi China lemah, dolar Aussie akan jatuh.
  • Harga emas biasanya selari dengan nilai AUD, memandangkan Australia pengeksport bersih emas. 
  • Jadi bila harga emas naik, dolar Aussie cenderung meningkat.

Dolar New Zealand (NZD)

  • New Zealand ialah pengeksport terbesar produk susu dunia dan mengeksport produk ladang lain seperti daging dan bulu.
  • Seperti dolar Australia, nilai dolar New Zealand juga dipengaruhi prestasi ekonomi China dan benua Asia yang mengimport produk daripadanya.
  • Biasanya New Zealand mempunyai kadar faedah bank pusat yang lebih tinggi daripada negara lain.
  • Oleh itu, pelabur akan mendapatkan NZD untuk memperoleh hasil yang lebih tinggi.

Dolar Kanada (CAD)

  • Kanada ialah pengeluar minyak kelima terbesar di dunia dan menyumbang 10% daripada eksport negara.
  • Justeru, nilai dolar Kanada berkait rapat dengan harga minyak.
  • Kedudukan geografi Kanada dengan Amerika Syarikat bermakna kedua-dua ekonomi terikat rapat.
  • Pada 2019, 75% eksport Kanada pergi ke AS.

Susulan daripada penjelasan ini, diharapkan pembaca dapat memahami lebih mendalam mengenai mata wang komoditi.

Syok kan belajar pasal pasaran? Haa. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, kenalah join komuniti kami! Jom join sini~

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat