Kenapa EUR/USD Sukar Nak Teruskan Kenaikan? Ini Trader Perlu Tahu

258

Pergerakan harga pada carta-carta utama dilihat suram ekoran pasaran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis semalam ditutup sempena sambutan Thanksgiving Day.

US dolar lebih mendatar dan tidak meneruskan penyusutan lanjut selepas minit mesyuarat FOMC yang diteliti memberi gambaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula memperlahankan pengetatan dasar yang agresif sebelum ini.

Namun, pelabur tetap berhati-hati memantau sentimen pasaran yang berisiko dengan perkembangan Covid-19 di China menjangkakan sekatan pergerakan akan dilaksanakan semula di Beijing dan beberapa bandar utama yang lain.

Selain itu, ketegangan Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) juga menjadi kebimbangan susulan pengumuman pakej sekatan yang ke-9 terhadap Moscow oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Mata wang Euro turut didagangkan suram selepas minit mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) yang diterbitkan semalam menunjukkan penggubal polisi melihat kenaikan kadar faedah hanya perlu ditingkatkan kepada 50 mata asas sahaja, berbanding 75 sebelum ini.

Situasi ini turut menyukarkan Euro untuk lebih menyerlah ketika US dolar pamer prestasi yang suram di penghujung minggu.

Carta pasangan mata wang EUR/USD pada Khamis semalam menyaksikan kenaikan diteruskan ke paras ketinggian sekitar 1.04500, namun kemudiannya mendatar semula di atas paras 1.04000 sehingga sesi New York berakhir.

Walaupun pergerakan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi indikasi trend bullish, namun penganalisis tidak menolak untuk perubahan arah boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Sekiranya harga berjaya menyambung kenaikan pada penutup dagangan minggu ini, kenaikan dari paras 1.04000 berkemungkinan akan menuju zon rintangan pada 1.05000 untuk mencabar ketinggian dicapai minggu lalu.

Sebaliknya, jika harga susut di bawah paras 1.04000 dan menembusi sokongan MA50, isyarat awal untuk perubahan trend bearish akan diperhatikan.

Penurunan lanjut jika diteruskan bakal menuju ke zon tumpuan minggu ini pada 1.03000 sehingga 1.024000 yang menjadi sokongan harga di awal minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat