Kenapa Harga Minyak Kembali Merosot Ni?

434

Harga minyak merosot dari paras tertinggi selepas peningkatan dalam bekalan minyak mentah dan bahan bakar Amerika Syarikat mencetuskan pengambilan untung oleh pelabur menjelang hujung minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 2% kepada $86.50 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula jatuh sekitar 2.2% untuk didagangkan pada $83.55 setong.

Walaupun susut, tetapi dagangan minyak mentah masih diperdagangkan di sekitar paras ketinggian 7 tahun. Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 10% pada tahun ini disebabkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan.

Peningkatan ini disokong oleh kebimbangan terhadap bekalan berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Sementara itu, data terbaru daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa bekalan minyak mentah AS meningkat sebanyak 0.5 juta tong pada minggu lepas berbanding jangkaan untuk menurun 2.1 juta tong.

Inventori petrol pula meningkat sebanyak 5.9 juta tong berbanding ramalan untuk meningkat hanya 2.6 juta tong. Peningkatan ini memberi alasan kepada pelabur untuk mengambil untung selepas mendorong komoditi hitam itu lebih tinggi pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat