Ini 3 Sebab LINK Berpotensi Meroket Lagi 20% Menjelang 2024!

510

“Macam berpotensi untuk naik lagi, tapi tak tahulah kalau tiba-tiba harga LINK nak buat pergerakan lain.”

Chainlink (LINK) berjaya menyaksikan prestasi luar biasa apabila harganya menggunung lebih 240% daripada paras terendah tahunannya $4.70 pada Jun 2023, jadi mata wang kripto tersebut yang kini didagangkan lebih $16 mungkin meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Oleh demkian, penerangan di bawah ini adalah tiga sebab kenapa harga LINK mampu mendaki 20% lagi menjelang Tahun Baru.

Pertama, LINK yang kini berada dalam aliran menaik tampaknya sudah menembusi zon rintangannya pada $16 dan ini membawa makna bahawa harganya mampu meneruskan kenaikan lebih tinggi sehingga $19.50 iaitu mencatatkan keuntungan 20%.

Seterusnya, bursa kripto sehingga 3 Disember 2023 telah memegang 150.39 juta LINK iaitu terendah sejak Februari 2020 susulan ia jatuh 19% daripada 185.71 juta LINK pada Ogos ketika harganya naik 150%.

Rentetan itu, bekalan yang makin berkurangan merentas bursa kripto menunjukkan bahawa pedagang lebih berminat memegang LINK berbanding menjualnya untuk aset digital lain, jadi di sini dapat dilihat potensi LINK untuk meneruskan kenaikan adalah tinggi jika permintaan tidak berkurangan.

Bukan itu sahaja, kenaikan harga LINK turut dapat tercetus disebabkan 200 address whales teratas yang dilaporkan berpusu-pusu mengumpul sejumlah besar LINK bernilai lebih $50 juta sejak awal November 2023.

Hal ini kerana para pemegang utama LINK sungguh percaya bahawa harganya akan mencanak lebih tinggi daripada paras semasanya sebelum Tahun Baru tiba.

Sehingga berita ini ditulis, harga LINK berada pada paras $16.14 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $8 bilion kemudian merekodkan kenaikan kira-kira 11.19% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat