Kenapa Pelabur Perlu Ambil Tahu Mengenai Pilihan Raya Perancis?

358

Tarikh 24 April 2022, bakal menjadi detik penentuan sama ada Emmanuel Macron akan dipilih semula sebagai Presiden Perancis atau Marine Le Pen sebagai peneraju pimpinan baharu.

Berikut merupakan sebab mengapa pilihan raya ini penting buat Perancis, Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu Barat.

  1. EROPAH
  • Macron akan meneruskan usahanya untuk membangunkan pertahanan, teknologi, pertanian dan tenaga Eropah serta kurangkan pergantungan kepada kuasa lain.
  • Berkemungkinan mendesak lebih banyak peraturan terhadap syarikat teknologi AS dan mahu mencipta ‘metaverse Eropah’ untuk bersaing dengan Facebook.
  • Sementara itu, Marine Le Pen pernah merancang untuk tinggalkan euro dan bayar hutang Perancis dalam Franc yang baru diwujudkan. Walaupun perkara itu telah dilupakan, tetapi beliau berjanji untuk mengurangkan sumbangan kepada tabung EU.
  • Tegaskan undang-undang Perancis harus melebihi peraturan EU dan mahu menggantikan blok itu dengan ‘Europe of nations‘.
  • Berhasrat mengupah beribu-ribu lagi ejen kastam untuk memeriksa barangan yang masuk ke Perancis termasuk dari negara EU yang lain. Tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan pasaran tunggal EU.
  1. EKONOMI
  • Macron merancang untuk meningkatkan umur pencen minimum kepada 65 tahun daripada 62 tahun.
  • Berjanji untuk membuat beberapa faedah kebajikan bersyarat pada 15-20 jam latihan, sama seperti dasar di negara seperti AS atau Britain.
  • Dalam pada itu, Le Pen akan melaksanakan dasar ‘Buy French’ untuk tender awam, kurangkan umur pencen minimum kepada 60 tahun bagi mereka yang mula bekerja sebelum 20 tahun, hapuskan cukai pendapatan untuk individu bawah 30 tahun dan turunkan VAT tenaga kepada 5.5% daripada 20%.
  • Akan belanjakan 2 bilion euro selama 5 tahun untuk naikkan gaji pekerja hospital dan merekrut tambahan 10,000 daripada mereka. Gaji guru dinaikkan 15% dalam tempoh 5 tahun.
  1. PERIKATAN BARAT
  • Walaupun bersatu hati dalam isu perang Ukraine-Rusia, tetapi hubungan Macron dengan Barat sebenarnya kurang baik selepas Australia membatalkan perjanjian kapal selam besar-besaran dengan Perancis.
  • Perlu buat pilihan sama ada bekerjasama dengan pakatan keselamatan AS, UK dan Australia menentang China atau cuba memujuk EU untuk teruskan dasar bebasnya sendiri terhadap Beijing.
  • Di sisi lain, Le Pen mahu mengeluarkan Perancis dari perikatan tentera transatlantik perintah bersepadu NATO menyebabkan beliau ditudup terlalu rapat dengan Rusia.
  • Pihaknya menerima pinjaman bank daripada bank Rusia pada 2014 dan beliau telah bertemu Presiden Vladimir Putin di Kremlin sebelum pilihan raya presiden 2017.
  • Menggelar dirinya sebagai ‘Gaullist’ dan mengatakan akan melaksanakan dasar luar pada jarak yang sama dari AS dan Rusia.

Setakat hari ini, Emmanuel Macron berjaya mendahului undian Marine Le Pen dan akan bertanding untuk pengundian kedua pada 24 April.

Keputusan tersebut membuatkan pelabur euro lega dan membataskan kerugian di tengah pengukuhan USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat