Kenapa Tak Buat Dari Awal Lagi? Intel Kini Sekat Rusia Sepenuhnya

4,329

‘Lah, ingatkan selama ni dah sekat rupanya gantung perniagaan je.’

Gergasi pembuatan cip dari Amerika Syarikat (AS), Intel Corp mengesahkan bahawa mereka akan menyekat semua operasi perniagaanya di Rusia.

Ia secara tidak langsung menjadikan Intel sebagai salah satu daripada gergasi teknologi lain yang turut serta menyekat Rusia atas tindakannya menceroboh Ukraine.

Menurut kenyataan syarikat, Intel akan bersama-sama komuniti dunia lain mengutuk tindakan Rusia yang melancarkan perang ke atas Rusia dan menyokong keamanan.

Sebelum ini, Intel telah menggantung sebarang penghantaran cip ke Rusia dan Belarus bagi memastikan kesinambungan perniagaan untuk meminimumkan gangguan kepada operasi globalnya.

Selain Intel, International Business Machines Corp juga menggantung penghantaran produknya apabila Ukraine menggesa syarikat-syarikat pengkomputeran awam dan perisian AS untuk memutuskan perniagaan dengan Rusia.

Setakat ini, pelayan daripada IBM, Dell Technologies Inc dan Hewlett Packard Enterprise Co mendahului pasaran pengkomputeran di Rusia di mana syarikat dan agensi kerajaan telah bergantung pada teknologi yang dibangunkan oleh Barat sebagai asas untuk dimiliki dan operasi mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat