Kenapa Ucapan Trio Bank Pusat Ini Gagal Merangsang Pasaran?

295

Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde dan Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey telah mengambil bahagian dalam perbincangan di forum ECB, di mana masing-masing berusaha menawarkan pandangan optimis mereka terhadap ekonomi.

Bagaimanapun, kenyataan daripada trio bank pusat itu gagal meningkatkan sentimen pasaran yang dilemahkan oleh kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19, membayangi keyakinan pelabur terhadap laporan positif mengenai keberkesanan vaksin oleh Pfizer.

Menurut Powell, perkhabaran gembira mengenai vaksin adalah berita baik untuk jangka masa sederhana dan bank pusat juga melihat ekonomi berada di jalan yang kuat ke arah pemulihan.

Bagaimanapun, risiko utama terhadap ekonomi tetap ada berikutan pandemik Covid-19 yang masih tidak dapat dibendung di negara itu menyebabkan ia lebih mencabar pada bulan-bulan yang akan datang. Ia juga masih terlalu awal untuk menilai implikasi vaksin tersebut dalam jangka masa terdekat.

Powell turut mengulangi pandangannya bahawa lebih banyak tindakan perlu dilakukan oleh Fed dan Kongres, terutamanya perlaksanaan langkah rangsangan fiskal tambahan adalah diperlukan.

Sementara itu, Gabenor BOE, Andrew Bailey menyambut baik laporan mengenai keberkesanan vaksin Pfizer yang dapat mengurangkan ketidakpastian dalam ekonomi.

Bailey juga mengatakan bahawa sektor kewangan sudah bersedia untuk Brexit, tetapi tetap berharap supaya UK dan Kesatuan Eropah (EU) dapat mencapai kesepakatan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Selain itu, Presiden ECB, Lagarde pula memberitahu bahawa vaksin telah membantu menghilangkan beberapa ketidakpastian tetapi menekankan ekonomi masih berdepan waktu yang sukar. ECB dijangka akan melakukan lebih banyak pelonggaran pada mesyurat polisi seterusnya untuk menyokong ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat