Kenapa USD Melonjak Walaupun Jualan Runcit AS Mengecewakan?

1,093

US dolar terus meraih kekuatan untuk meningkat lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan data jualan runcit AS yang mengecewakan.

Penjualan runcit AS menguncup 1.1% pada bulan Julai daripada bacaan yang disemak semula sebanyak 0.7% pada bulan sebelumnya. Ini menunjukkan kegoyahan dalam tingkah laku pengguna AS di tengah penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

Walaupun begitu, bacaan menyuramkan ini gagal mematahkan kemaraan US dolar untuk naik lebih tinggi. Pada sesi Asia, indeks dolar mengukuh pada 93.10 berbanding sekumpulan matawang utama.

Pengukuhan dolar greenback disokong oleh sentimen yang berisiko di mana kebimbangan terhadap penularan Covid-19 yang meluas telah menekan matawang utama untuk susut rendah, terutama dolar Aussie dan New Zealand.

New Zealand memasuki hari pertama penutupan di seluruh negara hari ini, di mana empat lagi kes Covid-19 telah dilaporkan, yang dipercayai daripada varian Delta yamg sangat cepat merebak.

Pasaran kini menumpukan perhatian pada mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) sebentar lagi, di mana mereka tidak lagi pasti bahawa bank pusat akan menaikkan kadar faedah hari ini.

Sementara itu, matawang euro akhirnya menyentuh paras terendah 9 bulan berbanding US dolar, dengan didagangkan di sekitar harga 1.1700 pada awal sesi Asia

Kenyataan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) turut menyokong pengukuhan USD, di mana Neel Kashkari mengatakan bahawa ‘wajar’ untuk melakukan pengurangan pembelian bon pada akhir tahun ini, walaupun ia bergantung pada kemajuan lebih lanjut dalam pasaran pekerjaan.

Pengerusi Fed, Jerome Powell pula mengatakan masih belum jelas sama ada penularan varian delta yang semakin meningkat akan memberi kesan ketara pada ekonomi AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat