Kenapa Vitalik Buterin Tukar $700,000 Altcoin Ini Ke ETH?

328

“Jangan risau, adalah sebabnya Buterin buat macam tu.”

Co-founder blockchain kedua terbesar di dunia melaksanakan beberapa pertukaran melalui sejumlah altcoin dihantar kepadanya sebagai hadiah yang terkumpul selama bertahun-tahun.

Dilaporkan, Vitalik Buterin telah menukarkan altcoin berbeza bernilai $700,000 kepada mata wang kripto yang diasaskannya sendiri iaitu Ethereum (ETH).

500 trilion memecoin Shikoku (SHIK) yang telah ditukarkan ke 380 ETH bernilai sekitar $600,000 telah menjadi punca SHIK menjunam lebih 60% pada paras $0.000000004969 tidak lama kemudian.

Sementara harga CULT didapati tergelincir sebanyak 10% sejurus selepas 10 bilion aset digital tersebut ditukar ke ETH bernilai $91,000.

Dalam pada itu, address Buterin menunjukkan pemindahan 10 bilion MOPS untuk ETH bernilai $2,000 namun MOPS yang merupakan memecoin berasaskan anjing telah melonjak sekitar 1,400% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Secara rekod, ini bukanlah kali pertama Buterin menukar beberapa ‘hadiah’ diterimanya dengan ETH susulan pada tahun lalu beliau telah bertindak menukar seluruh Shiba Inu (SHIB) yang dipegangnya.

Pun begitu, SHIB yang merupakan memecoin kedua terbesar berjaya mencanak selepas penukaran tersebut, di mana jumlah ditukarnya bernilai hampir $30 bilion.

Suka dimaklumkan di sini bahawa Buterin menggunakan keuntungan diperoleh beliau untuk membiayai geran penyelidikan Artificial Intelligence (AI).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat