Kenapa Whales ETH Lebih Berminat SHIB Berbanding MATIC?

378

“Cita rasa setiap orang berbeza, mungkin whales ETH nampak kripto ni lebih berpotensi kot.”

Pelabur mata wang kripto terbesar, whales Ethereum (ETH) dilaporkan semakin menunjukkan minat mendalam terhadap Shiba Inu (SHIB) berbanding Polygon (MATIC) apabila sejumlah besar memecoin itu telah dibeli oleh mereka.

Pada awal hari ini, top 1,000 whales ETH telah memegang sebanyak $619 juta SHIB manakala MATIC pula lebih rendah pada $170 juta walaupun bulan lepas whales tersebut secara besar-besaran membeli MATIC.

Umum mengetahui whales ETH membeli MATIC bernilai $2 juta pada 8 Februari seterusnya sehari kemudian memindahkan 38 juta aset digital tersebut bernilai $50 juta daripada wallet tidak diketahui ke wallet tanpa nama.

Sungguhpun top whales ETH memegang SHIB bernilai $619 juta sebagai aset alternatif, mereka turut melabur dalam USDC sebanyak $1.06 bilion dan USDT $808 juta.

Namun, SHIB kini menurun hampir 5.73% pada paras $0.00001134 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan $294 juta walaupun whales ETH semakin meminati memecoin tersebut, tetapi ia masih melihat peningkatan 40% sejak awal tahun.

Sementara MATIC turut menyusut sekitar 59% daripada paras tertinggi sepanjang masanya $2.92 sungguhpun menyaksikan momentum menaik pada awal tahun dan memeterai perjanjian bersama beberapa syarikat teknologi besar.

Setakat penulisan ini, harga MATIC tergelincir sebanyak 4.66% pada paras $1.17 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $10 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat