Kenyataan Boris Johnson Gagal Merangsang Pergerakan Pound

456

Perdana Menteri UK Boris Johnson dalam satu temubual di Times Radio hari ini, menyatakan pandangannya mengenai prospek terhadap ekonomi UK yang dilanda krisis pandemik coronavirus.

PM Johnson mengatakan bahawa krisis coronavirus telah menjadi malapetaka kepada UK dan memerlukan pendekatan ekonomi seperti yang dilakukan oleh bekas presiden Amerika Syarikat Franklin D Roosevelt dalam Perjanjian Baru ketika Great Depression pada 1930 an untuk membangunkan semula negara itu.

Program Pejanjian Baru itu merangkumi sejumlah projek kerja awam yang mewujudkan pekerjaan telah membantu pemulihan Amerika Syarikat daripada krisis Great Depression.

Sehubungan itu, PM Johnson menyatakan rancangannya untuk meningkatkan pelaburan dan kerajaannya, yang telah mengumumkan perbelanjaan kecemasan dan cukai bernilai kira-kra £ 133 bilion, akan terus membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas.

Setelah menyaksikan kejatuhan besar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, akan ada masa yang sukar yang dihadapi ketika usaha untuk keluar daripada krisis ini tetapi dengan daya tahan ekonomi UK mereka akan mengatasinya dengan baik, menurut PM Johnson.

Bagaimanapun, kenyataan PM Johnson gagal merangsang pergerakan pound yang kembali mencatatkan penyusutan setelah meningkat pada sesi Asia.

Tumpuan pasaran kini tertumpu kepada rundingan perdagangan pasca-Brexit UK dan Kesatuan Eropah (EU) yang bermula hari ini. PM Johnson sebelum ini memberitahu bahawa UK bersedia untuk berundur dari rundingan dengan syarat perjanjian seperti Australia yang mana ia juga bermaksud ‘tiada perjanjian’.

Australia tidak mempunyai perjanjian perdagangan yang komprehensif dengan EU. Sebahagian besar dari perdagangan EU-Australia adalah tertakluk kepada peraturan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO), dan terdapat perjanjian khusus untuk barang tertentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat