Kenyataan Donald Trump Berhubung Perjanjian Perdagangan Tingkatkan Keyakinan Pasaran!

349

Perkhabaran berhubung perjanjian perdagangan sedikit sebanyak membawa perubahan dalam pergerakan dolar Amerika di samping pelabur turut memantau perkembangan mengenai Brexit.

Kenyataan bahawa Amerika Syarikat dan China telah membuat kemajuan dalam usaha menyelesaikan pertikaian perdagangan antara mereka, telah menyokong pergerakan dolar USD pada sesi dagangan Asia hari ini.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata usaha untuk mengakhiri pertikaian itu sedang berjalan lancar manakala penasihat White House, Larry Kudlow mengatakan tarif yang dijadualkan pada bulan Disember dapat dibatalkan jika rundingan akan diteruskan dengan baik.

Dolar USD mengukuh berbanding kebanyakan matawang utama pada awal sesi dagangan Asia dan melonjak daripada paras terendah dua bulan berbanding euro untuk mengukuh pada $1.1148.

Sementara itu, mengikuti perkembangan Brexit, Speaker Dewan Rakyat iaitu John Bercow memutuskan bahawa beliau tidak akan membenarkan ahli parlimen mempunyai ‘undi yang bermakna’ ke atas perjanjian Brexit PM UK Boris Johnson.

Ketua Dewan Rakyat Rees-Mogg pula mengumumkan pembacaan kedua Perjanjian Penarikan akan diadakan pada hari ini, manakala dalam masa yang sama EU27 masih belum membuat keputusan terhadap surat penangguhan oleh PM Johnson.

Selain itu, dagangan dolar Kanada melangkah ke paras tertinggi sejak Julai dengan pasaran sedang menunggu keputusan pilihan raya umum ke-43 Kanada manakala dolar Aussie dan kiwi juga turut mencatat pengukuhan.

Dengan kekurangan pengeluaran data-data ekonomi utama pada sesi Asia, pelabur akan terus memantau tajuk-tajuk utama yang boleh memberi kesan kepada risiko pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat