Kenyataan Gabenor BOE Kecewakan Pasaran, Pound Susut Lebih Rendah

323

US dolar kembali mempamerkan sedikit peningkatan pada dagangan sesi Asia hari ini, sementara matawang berisiko pula mula menunjukkan penyusutan, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati terhadap ketegangan AS-China.

Laporan minit mesyuarat yang diterbitkan oleh Federal Reserve AS (Fed) memperlihatkan pembuat dasar bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap terendah, sementara tiada perbincangan mengenai kadar negatif dilakukan.

Terbaru, Senat Amerika Syarikat telah meluluskan rang undang-undang yang akan menyekat syarikat China untuk menyenaraikan saham mereka di bursa AS atau mengumpul wang dari pelabur Amerika tanpa mematuhi standard peraturan dan audit Washington.

Ini sekali gus menambahkan lagi ketegangan dalam hubungan AS dan China yang sebelum ini diburukkan oleh dakwaan Amerika ke atas pengendalian Beijing berhubung krisis coronavirus.

Sementara itu, pada dagangan semalaman, dolar Aussie melonjak ke paras tertinggi 2 bulan pada $0.6616 berbanding US dolar, manakala dolar kiwi pula mencecah paras ketinggian 2 minggu pada $0.6157.

Bagaimanapun, kedua-dua matawang tersebut mula menunjukkan penyusutan pada sesi dagangan pagi ini menjelang ucapan daripada Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe sebentar lagi.

Pound sterling mula mempamerkan penyusutan setelah Gabenor Bank of England (BOE), Adrew Bailey mengesahkan bahawa bank pusat sedang mempertimbangkan perlaksanaan kadar faedah negatif untuk pertama kalinya dalam sejarah.

Sebelum itu, BOE juga telah memutuskan untuk menjual bon kerajaan dengan hasil negatif, mengikuti jejak langkah yang dilaksanakan oleh Jepun, Jerman dan beberapa negara Eropah yang menjual hutang bon di bawah 0%.

Selain itu, euro juga didagangkan menyusut sementara pasaran menantikan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK pada petang ini yang dijangka akan memperlihatkan kesan berterusan daripada COVID-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat