BoE Membuat Pinjaman Pada Kadar Negatif Buat Pertama Kali!

472

Pada hari Rabu ini, UK telah mengambil keputusan untuk menjual bon kerajaan dengan hasil negatif buat pertama kalinya. Dengan kata lain, para pelabur bersetuju untuk membayar sedikit lebih rendah daripada nilai yang dipinjamkan.

Britain kini mengikuti jejak langkah Jepun, Jerman dan beberapa negara Eropah yang menjual hutang bon dibawah 0%. Hal ini kerana prospek pandemik Covid-19 dijangka akan menyebabkan kemelesetan global yang teruk dan peningkatan pembelian bon.

Pada hari Rabu sebanyak 3.75 bilion pound ($ 4.6 bilion) yang matang pada bulan Julai 2023 telah dijual pada hasil purata -0.003%. Walaubagaimanapun, para pelabur akan menerima faedah tahunan sebanyak 0.75%. Jika mereka memegang hutang sehingga matang, maka mereka akan menerima pulangan tunai yang lebih rendah.

BoE menurunkan suku bunga ke paras terendah 0.1% pada bulan Mac dan mula membeli aset bernilai 200 bilion pound bagi menjana ekonomi akibat Covid-19. Pemain pasaran kewangan melihat peluang yang besar bahwa BoE akan menurunkan kadar faedah utamanya di bawah sifar pada akhir tahun ini.

Bekas Gabenor BoE Mark Carney menyatakan penentangan usulan tersebut, namun beberapa pembuat dasar mengatakan mereka akan mempertimbangkannya semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat