Penyusutan US dolar pada dagangan Selasa semalam turut menjadi faktor memberi ruang untuk mata wang Pound paparkan pemulihan semula.
Sentimen pasaran global yang memulih dengan perkembangan di China dengan langkah rangsangan ekonominya itu telah memberi kesan mudarat kepada US dolar sebagai safe-haven.
Namun, Pound juga disokong oleh ucapan oleh gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey bahawa ekonomi Britain sedang menunjukkan tanda-tanda untuk pemulihan semula setelah berdepan risiko kemelesetan pada penghujung 2023 lalu.
Justeru, dapat diperhatikan lonjakan ketara harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam mencatatkan kenaikan harian sekitar 90 pips.
Harga yang kembali bergerak naik melepasi semula paras 1.26000 telah mencapai ketinggian sekitar 1.26600 di sesi New York sebelum sedikit berundur pada penutup dagangan sesi tersebut.
Harga memulakan dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) sekitar 1.26200 dan dilihat masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebagai petunjuk trend bullish.
Corak kenaikan harga dijangka untuk diteruskan lagi hari ini mengatasi paras dicapai semalam sebelum harga menuju zon tumpuan pada ketinggian 1.27000.
Namun, situasi pergerakan semasa harga boleh berubah selepas laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan dengan reaksi pasaran mendorong arah yang berbeza.
Untuk jangkaan bagi penurunan yang dipaparkan pula, harga berkemungkinan boleh susut semula di bawah paras 1.26000 dan melepasi sokongan MA50, mencetuskan isyarat bearish buat harga.
Penurunan semula yang berlaku akan mensasarkan paras minggu lalu pada sekitar 1.25400 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah menuju zon support 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG