Kenyataan Janet Yellen Menambah Kekuatan Matawang Gergasi

56

US Dollar didagang sederhana berbanding matawang lain pada hari Jumaat selepas ketidaktentuan politik di AS terus memberi tekanan kepada matawang US Dollar. Namun begitu, kerugian matawang Greenback ini agak terbatas dengan kenyataan Pengerusi Fed, Janet Yellen.

EUR/USD meningkat sebanyak 0.16 peratus kepada 1.0629 selepas melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lima minggu sebelum ini.

EUR/USD, 30 minit

Matawang Amerika itu berada di bawah tekanan sell-off besar-besaran selepas Donald Trump gagal untuk menawarkan sebarang butiran mengenai dasar ekonomi di bawah pentadbirannya pada Rabu.

Presiden Fed St. Louis berkata pada Khamis bahawa sebarang kesan dari dasar Trump ini hanya boleh dilihat pada tahun 2018 dan 2019.

Bullard juga berpandangan bahawa pemilihan Trump sebagai presiden AS bakal menolak kadar dengan kenaikan mendadak dan berpotensi untuk kekal rendah pada tahun 2017.

Dalam masa yang sama, matawang gergasi kekal mendapat sokongan selepas Janet Yellen berkata bahawa ekonomi AS kekal dalam keadaan positif dan tidak menghadapi sebarang halangan yang agak serius dalam jangka masa pendek. Hal ini berikutan momentum pasaran buruh yang dinilai agak baik.

Janet Yellen berkata demikian sewaktu berucap dalam satu dewan di hadapan warga pendidik di Washington.

GBP/USD melonjak sebanyak 0.09 peratus kepada 1.2170 dalam sesi ini, manakala USD/JPY masih didagang stabil.

GBP/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 101.31.

Lewat hari ini, China dijangka akan mengeluarkan data lebihan dagangan ditengah-tengah ketegangan hubungan perdagangan antara China dan Donald Trump.

Bagi bulan Disember, lebihan dagangan bagi negara tembok besar ini diramal meningkat dan berkembang kepada $46.50 berbanding bulan sebelumnya.

Kenaikan Mendadak Matawang Yen Sedang dipantau Teliti oleh Kerajaan Jepun 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat