Kenyataan Larry Kudlow Beri Sedikit Keyakinan Terhadap Perjanjian Dagangan AS-China

312

Penasihat Ekonomi White House, Larry Kudlow memberitahu bahawa rundingan mengenai perjanjian fasa pertama Amerika Syarikat (AS) dan China semakin hampir untuk diselesaikan, tetapi tidak memberi butiran lebih lanjut mengenainya.

Perunding daripada kedua-dua belah pihak dikatakan berhubung setiap hari melalui panggilan video untuk membincangkan tahap kerja yang memberi tumpuan kepada isu-isu merangkumi butiran dan garis masa pembelian barang-barang pertanian AS seperti daging khinzir dan kacang soya.

Dengan memberitahu proses rundingan itu berjalan dengan baik dan konstruktif, Kudlow juga turut menyatakan kemungkinan bahawa Trump dan Presiden China Xi Jinping tidak perlu bertemu secara peribadi untuk mencapai perjanjian tersebut.

Kenyataan Kudlow dapat meredakan kebimbangan pasaran walaupun masih terdapat keraguan mengenainya berikutan beberapa laporan yang menyatakan perbincangan tersebut mempunyai masalah dalam pembelian barangan pertanian China.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa rundingan antara dua ekonomi terbesar dunia dilaporkan menemui jalan buntu apabila AS dikatakan meminta perincian bagaimana China merancang untuk mencapai sasaran $50 bilion dalam pembelian pertanian.

China turut menegaskan bahawa kedua belah pihak harus bersetuju untuk membatalkan tarif mengikut fasa jika perjanjian dapat dicapai. Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Trump mengugut akan menaikkan cukai yang lebih tinggi jika perjanjian tidak dapat dicapai.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih menunjukkan bahawa mereka tetap inginkan perjanjian itu apabila China mula membeli barangan pertanian AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat