Kenyataan Powell Buat Pasaran Bercampur Baur! Apa Nak Jadi Ni?

628
  • Pasaran masih menilai kenyataan Powell
  • Powell ulangi kenyataan bahawa inflasi mula menurun
  • Pendirian Powell sedikit berubah sebab data NFP yang kukuh

Pasaran mata wang bercampur-campur ketika pelabur masih lagi menghadam kenyataan terbaru daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Ketua bank pusat AS itu terus mengulangi kenyataannya pada mesyuarat polisi minggu lalu, mengatakan inflasi telah mula mereda.

Namun, apa yang berbeza adalah beliau memberi amaran bahawa kadar faedah boleh meningkat lebih daripada jangkaan pasaran, jika data pekerjaan kukuh atau inflasi yang tinggi berterusan.

Ini menunjukkan bahawa laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan kukuh minggu lalu mengubah sedikit pendirian Powell untuk terus melanjutkan kenaikan kadar faedah.

Bagaimanapun, pada masa yang sama inflasi terus menunjukkan penurunan memberi sebab kepada Fed untuk mengurangkan pengetatan dalam dasarnya.

Reaksi mata wang agak bercampur-campur, menyaksikan US dolar pada mulanya merosot sebelum kembali meningkat dan seterusnya mendatar pada sesi Asia hari ini.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback kekal stabil pada paras ketinggian 3 minggu pada 103.33.

Sementara itu, dagangan mata wang utama lain juga turut memaparkan pergerakan sama yang pada awalnya meningkat, tetapi turun semula dan mendatar pada awal sesi Asia.

Keseluruhannya, tidak banyak perubahan dapat dilihat daripada pergerakan mata wang susulan kenyataan terbaru Powell.

Euro kekal lemah walaupun penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) berkata bahawa pemotongan kadar faedah tidak ada dalam pertimbangan mereka pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat