Kenyataan RBA Lowe Bawa Khabar Buruk Buat Trader AUD!

394

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Philip Lowe memberitahu bahawa penutupan coronavirus akan menyebabkan penguncupan ekonomi pada suku ini, tetapi yakin aktiviti akan pulih dengan cepat setelah sekatan dilonggarkan pada suku akhir tahun ini.

Dalam ucapan terbarunya pada sesi Asia, Lowe juga menolak spekulasi pasaran yang meramalkan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun 2022 dan 2023, dengan mengulangi bahawa ia tidak akan meningkat dari paras terendah sehingga tahun 2024 berikutan pertumbuhan upah yang perlahan.

Tambah Lowe lagi, jangkaan ini sukar untuk dikaitkan dengan gambaran yang digariskan olehnya dan beliau juga tidak memahami kenapa kadar faedah dijangka akan meningkat pada tahun depan dan awal tahun 2023.

“Walaupun kadar mungkin dinaikkan di negara lain dalam jangka waktu ini, tetapi pertumbuhan upah dan inflasi kami berbeza”, kata beliau lagi.

Selain itu, Lowe juga mengatakan bahawa adalah wajar untuk menunda pertimbangan bagi mengurangkan pembelian bon sehingga tahun depan disebabkan pemulihan yang tertangguh.

Pada bulan Februari, bank psuat akan mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana ekonomi bertindak balas terhadap pelonggaran sekatan.

RBA telah menetapkan kadar faedah pada paras terendah 0.10% pada mesyuarat polisi minggu lalu, dan mengurangkan pembelian bon mingguan kepada $4 bilion yang tidak akan berubah sehingga awal tahun depan.

Susulan dari ucapan Gabenor Lowe yang dovish, pelabur terus melepaskan pegangan terhadap matawang antipodean itu, menyebabkan dolar Aussie terus merosot lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat