Keputusan ECB Buatkan Pasaran Ekuiti & Euro Susut

152

Saham alami penyusutan tatkala hasil Eropah lonjak ke paras tertinggi 8 tahun selepas Bank Pusat Eropah (ECB) memutuskan kenaikan 25 mata asas pada bulan hadapan.

Ia seterusnya mengesahkan jangkaan penambahan 50 mata asas pada September, menjejaskan sentimen apabila ekonomi Eropah kekal bergelut dengan pertumbuhan perlahan dan inflasi yang mencanak.

Pakar ekonomi Lombard Odier, Bill Papadakis, mengunjurkan ECB akan menaikkan dasar sebanyak 2% dan menyebabkan pertumbuhan kekal perlahan.

Selain itu, penantian pelabur untuk data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) turut memberi kesan kepada sentimen sehingga indeks-indeks utama susut.

Terang Jack Ablin dari Cresset Asset Management LLC, data CPI akan jadi penanda lonjakan inflasi yang boleh membawa kepada kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) minggu hadapan.

Ekoran itu, indeks purata Dow Jones Industrial turun 1.94%, S&P 500 hilang 2.38% dan Nasdaq Composite jatuh 2.75%.

Tolok MSCI saham global ditutup lemah 2.02% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah gugur 1.36%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun hilang 0.5% semalaman.

Sedang ekuiti menyusut, hasil meneruskan momentum lonjakan dengan hasil bon kerajaan 10 tahun Jerman memuncak ke paras tertinggi 8 tahun pada 1.47%.

Hasil nota Perbendaharaan 10 tahun AS juga melonjak sebanyak 1.6 mata asas pada 3.046%.

Pergerakan mata wang pula menyaksikan Euro jatuh 0.93% pada $1.0616 sungguh pun ECB bergerak hawkish dalam kenaikan kadar ekoran indeks dolar yang mengukuh 0.73%.

Yen Jepun pula menyusut ke paras terendah 10 tahun berbanding US dolar pada 134.55, ekoran berlaku perbezaan dasar yang semakin meluas dengan Bank of Japan (BOJ) kekal neutral setakat ini.

Bagi komoditi pula, niaga hadapan minyak mentah AS jatuh 60 sen pada $121.51 setong sementara minyak Brent turun 51 sen pada $123.07 selepas pelonggaran sekatan baharu di Shanghai.

Niaga hadapan emas gugur 0.2% pada $1,852.80 dengan dolar dan hasil Perbendaharaan yang kukuh mengurangkan minat terhadap aset safe-haven itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat