Mengejutkan pasaran sesi Asia adalah keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang tanpa dijangka menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 5.25%.
Ini ternyata meleset daripada jangkaan pasaran yang mengharapkan kenaikan sebanyak 25 mata asas akan dilaksanakan bank pusat itu.
Teliti beberapa butiran penting daripada kenyataan susulan bank pusat itu.
- Kenaikan kadar 25 mata dan 50 mata asas dibincangkan penggubal dasar.
- RBNZ jangkakan permintaan domestik menjadi perlahan dan inflasi teras serta jangkaan inflasi akan sederhana.
- Tahap penyederhanaan ini akan menentukan hala tuju dasar monetari masa hadapan.
- Para penggubal dasar akui kenaikan kadar yang agresif menjadikan dasar monetari kini menguncup/ ketat.
- Bank pusat setuju untuk terus naikkan kadar faedah untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 1-3%.
- RBNZ bersetuju bahawa kesan penuh pengetatan monetari ini masih belum dapat direalisasikan sepenuhnya.
- Penggubal dasar melihat inflasi masih terlalu tinggi dan berterusan.
- Pertumbuhan ekonomi New Zealand dijangka perlahan menjelang 2023.
- Pasaran buruh kekal kukuh.
- Walau bagaimanapun, permintaan terus melebihi bekalan.
Susulan daripada keputusan mengejut ini, dolar kiwi melonjak lebih tinggi pada sekitar harga 0.6360 berbanding US dolar pada sesi Asia, paras tertinggi terbaru 2 bulan.
Keputusan ini sememangnya tidak dijangka memandangkan bank pusat utama global lain telah mula memperlahankan pengetatan mereka dengan menghentikan kenaikan kadar seperti Australia dan Kanada.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.