Keputusan Mesyuarat RBA Dinanti, AUD/USD Menjunam?

368

Pergerakan pasaran kewangan pada hari ini dijangka perlahan berikutan pelabur akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk berada dalam pasaran bagi mengurangkan risiko dagangan.

Namun, menjadi tumpuan pada sesi Asia pagi ini adalah mesyuarat polisi bank pusat Australia yang dengan keputusan akan diterbitkan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan menurunkan kadar faedah ke paras terendah terbaru kepada 0.10% selepas mengekalkan kadar di paras terendah sebelum ini pada 0.25% sejak Mac lalu.

Selain itu juga, penganalisis melihat besar kemungkinan untuk RBA meningkatkan lagi pelonggaran polisi dengan mengumumkan tambahan pembelian bon kerajaan.

Jika keputusan yang diterbitkan menepati ramalan pasaran, dolar Australia dijangka akan mengalami kesan penyusutan nilai yang ketara.

Seperti yang dilihat pada carta harga bagi pasangan mata wang AUD/USD, harga telah pamerkan peningkatan sejak sesi Eropah semalam sebelum perlahan di sesi New York selepas harga mencecah paras support 0.7000.

Peningkatan harga tersebut dilihat sebagai isyarat awal oleh reaksi pelabur terhadap jangkaan penurunan dolar Aussie pada hari ini untuk pelabur mendapatkan posisi harga di paras lebih tinggi.

Gagal mencapai kenaikan ke paras 0.70800 pada zon SBR (support become resistance), harga dijangka akan menjunam semula ke paras 0.70000 susulan keputusan mesyuarat RBA diterbitkan.

Penurunan lebih rendah melepasi zon support tersebut akan mendorong harga mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan menuju paras 0.69300.

Sebaliknya jika keputusan mesyuarat RBA bernada hawkish dan menyokong pengukuhan dolar Aussie, harga akan melonjak melepasi zon SBR 0.70800 dan destinasi kenaikan seterusnya adalah pada zon resistance 0.71500-0.71800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat