Reserve Bank of Australia (RBA) menepati jangkaan pasaran dengan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 3.60% pada mesyuarat polisi edisi Mac.
Berikut merupakan beberapa kata kunci utama yang diambil daripada mesyuarat tersebut.
- Bank pusat masih tekad pada pendirian untuk kembalikan inflasi kepada sasaran.
- Penggubal dasar jangka pengetatan lanjut dasar monetari akan diperlukan.
- Petunjuk indeks harga pengguna (CPI) menunjukkan inflasi telah memuncak di Australia.
- Inflasi harga perkhidmatan kekal tinggi, berikutan permintaan kukuh sepanjang musim panas.
- Penggubal dasar berusaha untuk kembalikan inflasi pada sasaran 2-3% tanpa beri kesan pada ekonomi.
- Peluang untuk elak kemelesetan masih kecil.
- Pertumbuhan ekonomi Australia mula perlahan.
- Terdapat ketidakpastian mengenai masa dan tahap kelembapan dalam perbelanjaan isi rumah.
- Pasaran buruh kekal ketat walaupun keadaan telah berkurangan sedikit.
- Pertumbuhan upah terus meningkat sebagai tindak balas kepada pasaran buruh yang ketat dan inflasi lebih tinggi.
- Data terkini menunjukkan risiko kitaran lebih rendah antara kenaikan harga dan upah (wage-spiral).
- Tapi, RBA kekal waspada terhadap risiko wage-spiral, memandangkan kapasiti ganti yang terhad dalam ekonomi dan kadar pengangguran paling rendah dalam sejarah.
Susulan kenyataan di atas, pasaran mentafsirkannya sebagai kurang hawkish di mana RBA melihat inflasi di Australia telah memuncak.
Kadar faedah mungkin akan terus dinaikkan, tetapi mungkin pada kadar kenaikan semasa atau lebih kecil.
Dalam pada itu, dolar Aussie mempamerkan kejatuhan ketara sebagai reaksi awal kepada keputusan tersebut.
** Wage-spiral : Kenaikan gaji meningkatkan permintaan barang sekali gus menyebabkan harga melonjak. Tapi, apabila harga naik, ia pula akan mendorong untuk peningkatan gaji lebih tinggi, akhirnya wujud lingkaran dalam upah dan inflasi.
Berminat belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.