Keraguan Pelabur Pada Fed Hentikan Kenaikan USD

716

Melangkah masuk ke sesi Eropah, dagangan dolar greenback masih lagi menunjukkan penyusutan berikutan keraguan pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan menangguhkan pengurangan pembelian asetnya pada tahun ini.

Minggu lalu, Presiden Federal Reserve (Fed) Dallas, Robert Kaplan mengatakan beliau akan mempertimbangkan untuk menangguhkan langkah tersebut sebagai tindak balas kepada kesan varian delta yang semakin meningkat.

Terdahulu, Kaplan adalah salah seorang daripada pembuat dasar Fed yang kuat menyokong cadangan untuk menarik semula langkah rangsangan lebih cepat.

Fokus pasaran kini tertumpu pada acara tahunan simposium Jackson Hole di Wyoming pada hari Jumaat yang akan menyaksikan Pengerusi Fed, Jerome Powell berbicara mengenai ekonomi AS.

Sekarang ini, terdapat khabar angin yang bertiup kencang bahawa Powell akan menggunakan ucapan di Jackson Hole untuk menangguhkan rancangan bagi melaksanakan pengurangan pembelian bon.

Ini menyebabkan raja matawang US dolar berhenti daripada mencatatkan kenaikan, dengan didagangkan di sekitar harga 93.24 setelah turun 0.2% berbanding pesaing utamanya.

Pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan AS akan menjadi tumpuan pasaran seterusnya pada malam ini yang dijangka akan terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh walaupun sedikit menurun daripada bacaan sebelumnya.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand cuba bangkit semula dari paras terendah 9 setengah bulan dengan memanfaatkan kemerosotan US dolar. Namun, kenaikan yang dicatatkan agak terbatas berikutan situasi Covid-19 di Australia dan New Zealand masih lagi menunjukkan peningkatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat