Kerajaan Umum Tol Percuma 2 Hari Sempena Tahun Baru Cina

303

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah menumumkan pengecualian tol pada Khamis dan Jumaat bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata bahawa inisatif itu hanya akan diberikan kepada kenderaan peribadi sahaja.

Katanya lagi, kemudahan itu selaras dengan aspirasi kerajaan perpaduan untuk memelihara kebajikan rakyat dan membantu mengurangkan kos sara hidup mereka.

Inisiatif ini akan menelan belanja kerajaan sebanyak RM42.99 juta.

Pengecualian akan dilaksanakan di semua lebuh raya mulai jam 12.01 pagi esok dan berakhir pada 11.59 malam Jumaat nanti.

Walau bagaimanapun, mereka tidak melaksanakan kemudahan itu di beberapa tol sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar dan plaza tol Tanjung Kupang.

Nanta menasihatkan pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan mematuhi nasihat masa perjalanan pihak berkuasa lebuh raya.

Ujarnya lagi, dia meminta agar semua pengguna lebuhraya mendapatkan rehat yang cukup dan pastikan kad TNG anda mempunyai baki yang mencukupi. Pengguna boleh menyemak kemaskini trafik di lebuhraya melalui platform media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat