Kini aktiviti melombong (mining) bagi semua matawang kripto di Venezuela telah dilesenkan dan diuruskan di bawah tanggungjawab National Superintendency of Crypto Assets and Related Activities (SUNACRIP) Venezuela.
Pengumuman tersebut dikeluarkan oleh Gaceta Official dan ditandatangani oleh ketua SUNACRIP, Joselit Ramirez.
Bagi mendapatkan lesen tersebut, pelombong (miner) perlu memenuhi syarat khas. Manakala, penduduk Venezuela yang berminat dalam perlombongan Bitcoin (BTC) dan matawang kripto lain dituntut untuk segera memohon lesen dan menyertai “national pool” yang diuruskan badan tersebut.
Lesen tersebut boleh dimohon menerusi Comprehensive Registry of Services in Cryptoassets (RISEC), sistem yang dijalankan oleh SUNACRIP.
Sebarang aktiviti perlombongan yang didaftarkan perlu dijelaskan secara terperinci samada melibatkan juga aktiviti perdagangan, pengimportan atau penggunaan perisian perlombongan.
Selain itu, pihak SUNACRIP juga akan menawarkan pelbagai insentif, termasuk pengecualian cukai untuk menarik minat pelombong menyertai national pool.
Namun bagi mereka yang tidak berminat untuk terlibat, mereka mungkin akan dikenakan sekatan Sistem Aset Kripto Komprehensif.
Walaupun Venezuela terkenal dengan populasi pelombongan kripto, kerajaan selalunya tidak menyebelahi aktiviti tersebut. Sebaliknya, pihak mereka cuma bertanggungjawab dalam pengeluaran lesen bagi mereka yang berminat untuk membangunkan perisian mining ASIC.