Kerana Mulut Boris Johnson, Pound Binasa

773

Matawang pound didagangkan suram pada hari Rabu, di tengah-tengah kebangkitan semula dolar greenback menjelang pengumuman dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Peningkatan US dolar telah didorong oleh kenaikan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat lebih tinggi pada 1.64%.

Namun begitu, matawang pound bukan sahaja berdepan tekanan daripada US dolar, tetapi juga disebabkan dakwaan ke atas Perdana Menteri UK Boris Johnson yang dikatakan telah membuat kenyataan ‘kontroversi’ pada tahun lalu semasa meningkatnya kes Covid-19 di negara itu.

Menurut The Guardian, PM Johnson didakwa telah mengeluarkan kenyataan ‘biarkan kematian meningkat, ia lebih baik daripada melaksanakan penutupan lain’, di sebuah pejabat di Downing Street setelah pertemuan dengan menteri.

Walaupun dakwaan ini telah dinafikan dengan tegas oleh PM Johnson, tetapi BBC, ITV dan Daily Mail semuanya melaporkan versi cerita yang sama bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dakwaan tersebut nyata telah membangkitkan kemarahan rakyat dan memberi ruang untuk pembangkang mengkritik Boris Johnson, sekali gus mencetuskan ketegangan dalam politik di negara itu.

Pada sesi Eropah, matawang pound bergelut untuk mempertahankan kedudukannya dengan diniagakan di sekitar harga 1.38800 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat