Kerana Rusia-Ukraine, Top Glove Tangguhkan Penyenaraian US$347 Juta

464

‘Merebak sampai ke sektor sarung tangan getah, krisis Rusia-Ukraine semakin parah.’

Top Glove Corp Bhd Malaysia terpaksa menangguhkan rancangan untuk mengumpul US$347 juta atau RM1.45 bilion memlalui penyenaraian di Hong Kong ekoran krisis Rusia-Ukraine dan ketidaktentuan pasaran.

Sebagai makluman, syarikat pembuat sarung tangan getah yang disenaraikan di Kuala Lumpur dan Singapura itu telah merancang penyenaraian di bursa Hong Kong untuk meluaskan asas pelaburannya.

Ia menyasarkan untuk mengumpul $1 bilion dalam penyenaraian di 2 bursa utama Asia Tenggara tersebut.

Kemudian pada Disember lalu, para pemegang saham telah meluluskan penerbitan 793.5 juta saham pada harga semasa RM1.83 bagi mengumpul $357 juta dan mereka rancang untuk melancarkan perjanjian tersebut pada Febuari.

Namun, ekoran keadaan pasaran yang tidak menentu akibat daripada serangan Rusia ke atas Ukraine, syarikat tersebut terpaksa menangguhkan perjanjian tersebut.

Dalam pada itu, saham Top Glove di Bursa Malaysia jatuh 29.3% pada 2022 dan mereka akan menerbitkan laporan suku ke-2 pada Rabu, 9 Mac.

Umumnya, pasaran saham sangat terkesan teruk akibat pergolakan di Eropah dengan indeks meluas MSCI bagi saham dunia menjunam 13% tahun setakat ini.

Peruncit fesyen China, Shein terpaksa tangguhkan penyenaraiannya di Amerika Syarikat (AS) manakala rancangan Life Insurance Corp untuk mengumpul 8 bilion sebelum akhir Mac dalam tawaran awam permulaan (IPO) terbesar India juga masih tidak dapat direalisasikan.

Menurut Sumeet Singh, pengarah Penyelidikan Aequitas, selain faktor sekatan ke atas Rusia, tindakan keras oleh kerajaan China ke atas sektor hartanah, teknologi dan sektor lain serta dasar monetari terus menggugat sentimen pelabur dan mencetus ketidaktentuan pasaran.

Hong Kong telah mencatatkan permulaan paling perlahan bagi tahun 2022 untuk IPO dan penyenaraian sekunder dalam tempoh 6 tahun dengan $1.17 bilion dikumpul setakat ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat