Kerugian Huawei Boleh Jadi Keuntungan Untuk Samsung? Ini Ulasan Agensi Penarafan Fitch!

820

Sebuah syarikat elektronik multinasional Korea Selatan berpeluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar berikutan tekanan Amerika Syarikat (AS) ke atas Huawei Technologies Co Ltd, demikian menurut Fitch Ratings.

Syarikat teknologi termasuk Google dan pereka cip yang dimiliki SoftBank Group sebelum ini telah menyatakan bahawa mereka akan berhenti membekal barangan mahupun perkhidmatan kepada Huawei.

Kehilangan akses kepada sistem android Google dapat memberi kerugian terhadap penjualan telefon pintar Huawei di luar China. Hal ini memberi peluang kepada Samsung untuk meluaskan pasaranya, kata Fitch Ratings dalam satu kenyataan.

Pada awal bulan Mei, Huawei dimasukkan dalam senarai yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat kerana terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara Amerika Syarikat. Susulan daripada perkara tersebut beberapa syarikat gergasi yang berasal dari Amerika Syarikat telah menghentikan kerjasama dengan Huawei.

Tambah agensi penarafan itu, syarikat pengeluar iPhone, Apple Incberkemungkinan menjadi mangsa perdagangan antara Beijing dan Washington, yang dapat membuatkan Apple kehilangan pasaran di China. Baca lebih lanjut ulasan yang dikongsikan intraday.my disini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat