Ini Sebab Mengapa Pengharaman Huawei Akan Membuatkan Bisnes Apple Semakin Sengsara!

4,107

Sepertimana kebanyakkan dari kita telah sedia maklum, pada minggu lepas Presiden Donald Trump telah mengharamkan syarikat-syarikat US daripada bekerjasama dengan Huawei. Keputusan ini telah membawa satu kejutan. Syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan dijangka China akan terjejas, antaranya ialah Apples. China merupakan tempat dimana komponen-komponen iPhones dipasang dan 1/5 hasil jualan datang dari penjualan iPhones.

Menurut penganalisis, perniagaan Apple Inc di China berada dalam keadaan bahaya, ia memberi impak negatif terhadap penjualan iPhones dan dapat merosak rantaian pengeluaran syarikat Apple.

Sejak ketegangan perdagangan antara US dan China pada akhir tahun lepas yang semakin memuncak, pengguna China telah mula memboikot barangan US termasuk iPhones, sehinggakan laporan Apple melaporkan jualan produk Apple merosot.

Tindakan terkini Trump walaupun telah ditangguhkan untuk suatu jangka waktu telah memberi ancaman kepada China. Menurut penganalisis, selepas ini akan lebih banyak gerakan di China yang akan mendukung produk tempatan dan memboikot barangan US.

Berdasarkan analisis oleh penganalisa Goldman Sachs, 3% sehingga 5% jualan iPhones di China akan jatuh dalam 12 sehingga 18 bulan kehadapan disebabkan pengharaman US terhadap Huawei.

Namun tiada siapa yang tahu pada masa akan datang, terdapat kemungkinan juga bahawa jualan iPhone akan terus meningkat. Jika ancaman US terhadap Huawei diteruskan, Huawei mungkin akan kehilangan untuk menggunakan teknologi Android dan ini boleh mengurangkan permintaan terhadap produk Huawei dan merangsang permintaan terhadap produk Apple jika pengguna memilih iphone sebagai gantian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat