Keruntuhan Bursa FTX Bawa Malapetaka! Syarikat ‘Startup’ Ini Terpaksa Akur Dengan Nasib Yang Menimpa Mereka!

498

Syarikat startup Web3 Nigeria, Nestcoin terpaksa akur dengan nasib yang menimpa mereka. Terbaru mereka memaklumkan pelabur mereka pada 14 November bahawa dana yang diperuntukkan untuk aktiviti harian entiti itu tersangkut berikutan keruntuhan bursa kripto FTX. Nestcoin mengeluarkan makluman tersebut selepas ia menilai semula kedudukan perniagaannya, keputusan untuk melepaskan beberapa pekerja telah dibuat.

Menurut kenyataan yang ditandatangani dan dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat,Yele Bademosi bahawa syarikat mereka tidak memperdagangkan aset kripto di bursa FTX. Nestcoin merupakan penerima pelaburan daripada Alameda Research yang menggunakan FTX sebagai penjaga wang fiat dan stablecoinnya.

“Kami menggunakan bursa berkait rapat, FTX, sebagai penjaga untuk menyimpan sebahagian besar pelaburan stablecoin yang kami kumpulkan untuk belanjawan operasi harian kami,” jelas Bademosi.

Mengenai keputusan syarikat ntuk memberhentikan pekerjanya, Bademosi menegaskan bahawa ini adalah wajar kerana ia membolehkan Nestcoin “untuk menumpukan pada membina masa depan kripto yang lebih terdesentralisasi “.

Sementara itu, dalam tweet selepas pengumuman itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestcoin mendakwa bahawa hasratnya sekarang adalah untuk membantu pekerja yang dibuang mendapatkan pekerjaan di tempat lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat