Kesan Perang, Rusia Sedang Tanggung Akibatnya!

824

Impak daripada sekatan Amerika Syarikat dan sekutu Barat terus dirasai Rusia apabila data terbaru yang dikeluarkan pada September menunjukkan ekonominya merosot.

Mengungkap laporan daripada Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia pada Khamis, keluaran dalam negara kasar (KDNK) menguncup 5% tahun ke tahun daripada 4% yang dicatatkan pada Ogos.

Sementara pada suku ketiga, KDNK tahunan Rusia berjumlah 4.4% susulan penurunan 4.1% pada suku kedua dan pertumbuhan 3.5% pada suku pertama.

Moscow telah berada di bawah tekanan sekatan antarabangsa yang mensasarkan sektor utamanya termasuk perniagaan dan beberapa individu akibat pencerobohannya ke atas Ukraine.

Ini menyebabkan rakyat Rusia menghadapi kos sara hidup yang tinggi berikutan lonjakan inflasi berterusan di mana ia mencecah 14.2% pada bulan Ogos sebelum kembali beransur-ansur menurun kepada 12.9% pada Oktober setelah bank pusat menaikkan kadar faedah.

Presiden Vladimir Putin sebelum ini menegaskan bahawa ekonominya mampu mengatasi kesukaran yang disebabkan sekatan.

Malah, Rusia juga mampu mencari pengganti lain kepada Eropah untuk mengekalkan aliran pendapatan daripada eksport minyak dan gas kepada sekutu ekonominya di Asia, iaitu India dan China.

Bagaimanapun, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia meramalkan penguncupan ketara dalam ekonomi Rusia tahun ini sekurang-kurangnya 5.5% atau lebih buruk hampir 9%.

Kementerian Rusia pula mengunjurkan KDNK menguncup 2.9% pada 2022 dan 0.8% pada 2023, sebelum bangkit semula sebanyak 2.6% pada 2024 dan 2025.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat