Kesangsian Terhadap Pertumbuhan Ekonomi A.S Jadi Perhatian! Saham A.S Terjejas

162

Saham AS merosot kepada zon merah pada hari Selasa ketika para pelabur menimbang tanda-tanda bahawa ketahanan mengejutkan dalam ekonomi AS mungkin mula menunjukkan keretakan.

Pasaran niaga hadapan pada S&P 500 dan Nasdaq 100 yang merangkumi saham teknologi kedua-duanya jatuh sekitar 0.5%, setelah ditutup lebih tinggi selepas hari yang bergelombang untuk tiga ukuran utama. Pasaran niaga hadapan Dow Jones Industrial Average  juga turun 0.5%.

Saham-saham bergelut untuk mencari tapak kerana para pelabur berhadapan dengan dilema mengenai halatuju kadar faedah. Data yang lemah baru-baru ini telah mendorong ahli strategi Wall Street untuk mengurangkan optimisme mereka terhadap pertumbuhan ekonomi, yang menyokong faktor pendorong untuk pengurangan kadar. Waima begitu para penggubal Rizab Persekutuan telah memberi amaran agar tidak berharap untuk perubahan secepatnya kerana mereka menunggu inflasi untuk perlahan secukupnya dan bila masa itu akan tiba tidak jelas.

Perhatian akan diberikan kepada angka pembukaan pekerjaan April yang dijangka keluar pada jam 10 nanti untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai keadaan ekonomi, dengan pesanan kilang dan barang tahan lama juga dalam agenda. Kemas kini pasaran buruh ini berfungsi sebagai pelopor kepada laporan pekerjaan penting Mei pada hari Jumaat.

Sementara itu, saham GameSpot (GME) mula kehilangan momentum awal Selasa, selepas lonjakan 21% untuk saham meme kegemaran ini. Saham dalam peruncit permainan video tersebut kali terakhir turun sekitar 1%.

Di tempat lain, indeks saham utama India merosot, menghapus hampir $35 bilion dalam nilai, selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada hari Isnin. Kiraan undi dalam pilihan raya negara itu menimbulkan keraguan terhadap majoriti yang dipegang oleh parti pemerintah Perdana Menteri Narenda Modi, walaupun tinjauan keluar menunjukkan kemungkinan kemenangan besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat