Kesatuan Eropah (EU) Tidak Punya Pilihan Lain? Trump Ancam Kenakan Tarif!

546

Pada hari ini President Amerika Syarikat Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kesatuan Eropah (EU) “tidak mempunyai pilihan” melainkan harus melakukan rundingan perdagangan baru dengan A.S.

Dalam Forum Ekonomi Dunia bertempat di Davos, Switzerland yang berlangsung bermula hari Selasa, Trump telah bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan dalam masa yang sama memberi tahu CNBC bahawa kedua-dua mereka telah melakukan perbincangan dan ia berlangsung dengan baik.

Dalam perbincangan tidak rasmi tersebut, Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif ke atas kereta-kereta Eropah. Dalam pertemuan semalam, beliau mendakwa telah memberitahu Von Der Leyen bahawa jika tidak ada perjanjian perdagangan, beliau akan mengambil tindakan dengan mengenakan tarif yang tinggi terhadap kereta kenderaan mewah dan perkara-perkara lain.

Trump mengatakan bahawa berunding dengan Eropah adalah sangat sukar untuk berurusan dan dalam masa yang sama EU telah mengambil kesempatan ke atas A.S namun beliau mencadangkan bahawa blok Eropah tidak mempunyai pilihan lain melainkan membuat perjanjian perdagangan baru.

Kata Trump, AS telah mengalami defisit yang besar saban tahun iaitu dengan lebih $150 bilion dengan Eropah dan ia bukan suatu tindakan tergempar untuk mengenakan tarif ke atas barangan Eropah. Defisit perdagangan barangan dan perkhidmatan A.S. dengan EU adalah $ 109 bilion pada 2018, berdasarkan kenyataan Wakil Perdagangan A.S..

Walaubagaimanapun Trump mengatakan bahawa beliau ingin menyelesaikan rundingan perdagangan dengan China terlebih dahulu sebelum melakukan rundingan dengan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat