Ketahui Pergerakan US30 Pada Awal Minggu!

203

Pasaran saham Amerika Syarikat memulakan dagangan awal minggu dengan positif, menyaksikan peningkatan pada indeks US30.

Ini menyusuli kelemahan dalam dagangan US dolar dan penyusutan hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Pun begitu, ketika hasil bon kembali mencatat kenaikan pada pertengahan sesi New York, indeks utama saham AS mula mengehadkan keuntungan.

Ini diperlihatkan pada ketiga-tiga indeks utama yang berakhir dengan kenaikan sederhana, di mana Dow Jones Industrial meningkat 0.12% pada 33,431.45 ketika ditutup pada sesi New York.

Sementara S&P 500 pula menokok 2.78 mata kepada 4,048.43, manakala Nasdaq pula naik 0.10% pada 12,302.48.

Antara saham yang paling untung dalam Dow Jones pada Isnin ialah Merk yang meningkat 4% selepas pengumuman mengenai FDA telah meluluskan pentadbiran intramuskular untuk vaksin MMRVnya.

Boeing pula jadi saham paling rugi selepas susut kira-kira 2% berikutan pengambilan untung oleh pelabur.

Di Nasdaq, Apple lonjak 2% selepas Goldman Sachs meletakkan sasaran ‘buy’ pada harga $199 sesaham.

Keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) di hadapan Kongres pada Selasa dan Rabu kini menjadi tumpuan pelabur yang menantikan petunjuk baharu mengenai dasar monetari bank pusat itu.

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran kewangan? Jom join komuniti kami! Klik sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat