Ketaktentuan Politik Mendominasi Pasaran Eropah

108

Dalam lelongan terbaru ‘bon 10-tahun Jerman’ (German 10-year bund), purata hasil-bon tersebut jatuh kepada 0.33% dari 0.36% sebelum ini yang diadakan pada 11 Januari 2017. Terdapat kenaikan dalam permintaan bon tersebut yang ditunjukkan dengan kenaikan ‘bid-to-cover ratio‘ dari 1.8 kepada 2.2.

Hal ini berikutan ketegangan politik yang semakin memuncak di Eropah sejak minggu lalu, dengan ketidaktentuan dalam pilihanraya presiden Perancis. Calon dari ‘National Front‘ Le Pen berikrar untuk mengeluarkan Perancis dari Kesatuan Eropah dan menggunakan semula matawang ‘French Franc‘.

Tinjauan awal menyatakan Le Pen akan memenagi undian pusingan pertama pada April, manakala calon ‘Konservatif’ Fillon yang sedang terheret ke kancah kontroversi berada di tempat ketiga. Berikutan hal ini bon-Perancis juga mendapat tekanan dengan kemerosotan permintaan.

Inflasi di Jerman pula susut di bawah 2.0% pada Januari yang memulihkan kebimbangan di negara itu. Bundesbank (bank pusat Jerman) pula dilihat semakin kurang mengkritik polisi ECB yang terlalu longgar.

Harga ‘bon 10-tahun Jerman’ (German 10-year bund) kini berada di atas 163.80 dengan hasil-bon kini jatuh ke paras 0.314% berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Eur/Usd pula telah jatuh hampir 200 pip sejak minggu lepas dari paras tertinggi dua bulan lalu. Hal ini berikutan perkembangan politik di Eropah ditambah dengan komen ‘dovish’ Mario Draghi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat