Ketakutan Menyelubungi Cardano? AI Akan Rampas Berjuta Nilainya!

414

“Disebabkan AI kripto ini akan musnah, apa nak jadi ni?”

Charles Hoskinson, pencipta Cardano (ADA) memberi amaran bahawa penipuan dalam mata wang kripto akan semakin berleluasa apabila munculnya artificial intelligence (AI) yang sejak kebelakangan ini raih populariti.

Melalui pengeluaran video baharunya di YouTube, Hoskinson meramalkan ADA bernilai berjuta-juta dolar akan lesap satu tahun dari sekarang setelah penipuan menggunakan AI generatif mengambil alih pada masa hadapan.

Beliau turut berkata seseorang individu tersebut tidak mungkin dapat sesuatu secara percuma susulan akan terdapat video mahupun klip video yang meminta orang ramai melabur dalam chain atau coin melalui AI.

Namun, satu-satunya cara untuk mengesahkan identiti adalah menggunakan kunci Pretty Good Privacy (PGP), iaitu program encryption dan decryption yang digunakan untuk mengesahkan komunikasi data serta membenarkan ciri privasi kriptografi.

Hal ini kerana AI telah menjadi tumpuan utama dalam teknologi global apabila ChatGPT yang merupakan chatbots paling popular telah membawa sektor itu ke tahap lebih tinggi, namun perlu diketahui bahawa ramai yang beri amaran tentang keburukan AI.

Selain Hoskinson, Dr.Geoffrey Hinton yang berhenti daripada Google selepas bertugas sebagai perintis turut bercakap secara terbuka mengenai bahayanya AI dan menasihati semua pihak untuk berhati-hati dengan teknologi sebegitu.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google Sundar Pichai berpandangan masyarakat masih tidak bersedia untuk kemajuan dibuat oleh AI susulan Elon Musk, seorang pembiaya awal OpenAI juga pernah menyebut berkenaan bahayanya teknologi itu.

Walaupun tiada sebarang undang-undang jelas mengenai teknologi baharu, semua pihak haruslah berhati-hati dalam mencipta sesuatu perkara susulan banyak negara telah mengharamkan ChatGPT disebabkan kebimbangan privasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat