Ketegangan Iran-AS Bantu Stabilkan Harga Minyak

270

Dagangan minyak mentah kekal stabil pada permulaan awal minggu, walaupun sedikit terkesan dengan pertumbuhan suram yang dipamerkan dalam aktiviti ekonomi di China pada bulan Julai.

Niaga hadapan minyak mentah Brent dan WTI Amerika Syarikat susut 1% pada sesi dagangan hari ini, dengan masing-masing didagangkan di sekitar harga $74.58 setong dan $73.20 setong.

Pertumbuhan dalam aktiviti perkilangan di China jatuh mendadak pada bulan Julai setelah terkesan oleh kenaikan harga barangan yang tinggi menyebabkan permintaan menguncup buat kali pertama dalam tempoh lebih dari satu tahun.

Selain itu, tekanan daripada ancaman coronavirus turut menekan dagangan minyak mentah, lebih-lebih lagi China turut menyaksikan kebangkitan semula kes jangkitan.

Bagaimanapun, laporan mengenai ketegangan terbaru antara Iran dan Amerika Syarikat telah membantu menyokong harga minyak daripada jatuh lebih rendah.

AS dan UK telah menuduh Tehran bertanggungjawab dalam serangan ke atas kapal tangki minyak yang dikendali oleh syarikat milik Israel di luar Oman sehingga meragut dua nyawa, di mana seorang warga Britain dan seorang rakyat Romania telah terbunuh.

Susulan daripada serangan itu, kedua-dua negara tersebut memberi amaran kepada Iran untuk bertindak balas, dengan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat