Ketegangan Sedikit Berkurangan, Putin Umum Dialog Bersama Ukraine Ada Hasil Positif!

1,149

Presiden Rusia Vladimir Putin memaklumkan bahawa ada kemajuan dalam dialog antara Rusia dan Ukraine.Waima begitu beliau tidak memperincikan kenyataan tersebut.

Menurut Putin seperti yang dilaporkan oleh CNBC, ” terdapat beberapa perubahan positif seperti yang telah dimaklumkan oleh saya dan delegasi Rusia”.

Pernyataan tersebut itu dikeluarkan setelah Putin bertemu dengan Presiden Belarusia Alexander Lukashenko di Moskow. Turut dimaklumkan oleh Putin bahawa dialog antara Rusia dan Ukraine akan terus berlangsung setiap hari.

Dalam masa yang sama, kenyataan yang bernada positif turut dikeluarkan oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky yang menyatakan bahawa beliau jumpa titik penting dalam menangani hal ini.

Russia sebelum ini telah mula melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu, sejurus selepas Putin mengiktiraf wilayah dikuasai puak pemisah pro-Russia sebagai negara merdekasa. Tindakan ini telah mendapat kecaman bukan sahaja dari Ukraine namun banyak negara.

Perlu diketahui bahawa setakat ini belum ada kesepakatan yang dicapai secara diplomatik antara Rusia dan Ukraine. Di tambah pula kenyataan terkini Putin juga bercampur dengan kenyataan yang berlawanan yang merujuk bahawa terdapat kemajuan dalam gerakan ketenteraan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat