Ketepi Semua, Cardano (ADA) Mendaki Semula!

850

Pelabur akhirnya menarik nafas lega menyaksikan pergerakan positif Cardano (ADA) susulan daripada pembetulan harga pasaran kripto selama beberapa hari.

Aset ini kini merampas semula kedudukan ketiga dengan peningkatan sebanyak 22% dari paras terendah harian, $1.9 pada 21 September dan didagangkan pada $2.3 ketika penulisan artikel ini.

Sebagai rekod, ADA menyaksikan harga yang tidak mengujakan bagi kebanyakan hari dalam September selepas mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $3.10 pada 2 September.

Aset ini mengundang kekecewaan pelabur susulan daripada impak keruntuhan harga pasaran kripto walaupun sentimen hard fork Alonzo memainkan peranan yang kuat untuk membawa ADA ke paras yang lebih tinggi.

Untuk pengetahuan, pasaran kripto berhadapan dengan pembetulan sehingga kehilangan 25% sejak tiga minggu lalu dan ADA tidak ketinggalan.

Rintangan ADA kini berada di paras sekitar $2.44. Namun penganalisis berpendapat jika ADA melepasi $2.50, maka ada harapan untuk aset ini tembus keluar dari bearish semasa.

CEO firma pengurusan deVere Group, Nigel Green meramalkan Cardano boleh mencatatkan populariti yang luar biasa, lagi-lagi selepas penerapan Alonzo dan rangkaian ini telah pun meraih kepercayaan tinggi dari kalangan pelaburnya.

Figura tersebut juga meramalkan harga ADA bakal mencecah $4 pada hujung tahun ini, bersama lonjakan sebanyak 91% pada suku keempat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat